Sunday 19 July 2015

Pengerusi KRU Papar

[ Bismillah ar-rahman ar-rahim

 Alhamdulillah 'ala kulli hal

"Maka dengan Nikmat tuhan kamu, ceritakanlah"
Ad-Dhuha : ayat 11

Tadi ana baru dapat tahu sekolah ana dulu,
SMK St Joseph, Papar mendapat rangking teratas bagi subjek Pendidikan Agama Islam (PAI) secara keseluruhan untuk SPM lepas
Pejabat pendidikan agak terkejut sekolah "saint" berada di atas dalam subjek PAI secara keseluruhan ni.
Sehinggakan ustazah ana disoal siasat dan ada yang bertanya "apa yang kau buat dengan pelajar-pelajar kau tahun lalu?"

Lepas tu, tadi ada lagi berita yang buat ana rasa sebak sangat nak nangis
Ana baru dapat tahu markah SPM untuk subjek PAI ana, ana dapat 96/100
Antara yang tertinggi antara semua sekolah menengah di sini
Ayat yang sering diulang tadi,
"Macam mana sekolah "saint" boleh berada di atas dan kalahkan sekolah-sekolah menengah harian biasa yang lain?"

Ana kenal batch ana lepas. Dan ana tahu kenapa Allah kurniakan batch kami nikmat ni.
Wallahi, terasa sangat manis apabila janji Allah terlaksana dan sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji.
Kami satu batch berasa sangat gembira.
Batch lepas SJS memang mengharumkan nama sekolah, nama guru, nama keluarga, nama masyarakat dan juga nama kita, PSS dan KRU Papar.
Ya, mahu atau tidak, jari mereka pasti tertunding kepada kita.
Kenapa? Dengan izin Allah, PSS dan KRU Papar telah melahirkan individu-individu mukmin dan muslim yang berguna bagi masyarakat.
Bayangkan 5 tahun lalu, SJS dikenali sebagai sekolah tempat tumpahnya banyak darah, banyak pergaduhan, polis kerap datang, biah quran tidak wujud, tidak wujud tudung labuh di sekolah tersebut dan banyak lagi
Kini? Dengan izin Allah dan tarbiyyah daripada PSS,
Muslimah SJS bertudung labuh, para guru juga mula bertudung labuh, surau kini ada jamaah yang solat, SJS kini mula buat program islamik di sekolah, SJS kini berubah,
Alhamdulillah.

Apa yang ana mau highlight di sini bukanlah sekolah kami berada di atas, bukanlah ana dapat markah tinggi, bukanlah sekolah kami baik, bukanlah semua itu...

Tapi betapa ana bersyukur sangat kerana berkat tarbiyyah PSS, wujudlah mukmin wa mukminat sejati di sekolah kami.

Batch SJS lepas memang ramai yang ikut program-program KRU dengan kerap...
Akmal, ardiansyah, farhain, rozizah, adlina, nurul farah ain, hafizuddin, liana, dan banyak lagi
Ni la antara nama-nama yang turut mengharumkan nama sekolah dan juga PSS dan KRU...

Batchh lepas telah mencipta sejarah dan mengukir kenangan abadi...

Selama 100 tahun sekolah tu wujud, tidak pernah 1 program islamik dijalankan di sekolah...

Alhamdulillah. Batch lepas menjadi pelopor.
Batch lepas telah buat Majlis Tilawah, pertandingan azan, syarahan dan semua untuk pertama kalinya
Mungkin kecil di mata kamu,, wallahi besar bagi kami yang bersekolah "saint".
Surau kami memang tidak imarah dan mati , orang tak datang solat.
Alhamdulillah, batch lepas menjadi pelopor mula solat berjemaah di surau dan sekarang jemputlah datang surau, akan kamu nampak penuh saf oleh adik-adik yang bersekolah.

Semua ni lah antara hasil titik peluh PSS dan ahli-ahli KRU di sekolah
Allah sebagai penyebab, Pss sebagai perantara?
Bagi yang exam besar tahun ni,
Berbaktilah kepada guru, harumkanlah nama sekolah,
Teruskan mengabdikan diri kepada Allah,
Dan buat sehabis baik
"Maka dengan Nikmat Tuhan Kamu, Ceritakanlah"
Ad-Dhuha ayat 11
"Terima kasih PSS"
 Terima kasih naqib wa naqibah kerana mendidik kami semua dengan sangat baik.
Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan yang mampu mamasukkan kalian ke syurga-NYA kelak
Khas daripada Pengerusi KRU Papar.
#PertolonganAllahItuDekat