Friday 9 June 2017

Keikhlasan, Ustaz Yasir Ramlee



💝 Bagaimana Kita Mengetahui Ikhlas? 💝

Ikhlas merupakan unsur dalaman yang ada pada diri seseorang, tiada yang mampu menilainya dengan benar melainkan tuhan. Kerana terkadang manusia juga keliru dengan dirinya sendiri.

Al-Imam Al-Nawawi menukilkan perkataan Abu Al-Qasim Al-Qusyairiy berkenaan ciri-ciri ikhlas, berkata:

الإخلاص إفراد الحق في الطاعة بالقصد، وهو أن يريد بطاعته التقرب الى الله تعالى دون شئ آخر من تصنع لمخلوق أو اكتساب محمدة عند الناس أو محبة مدح من الخلق أو معنى من المعاني سوى التقرب إلى الله تعالى 
Ikhlas ialah menjadikan semata-mata hak dalam ketaatan (ibadah) dengan tujuan, dia menginginkan melalui ketaatannya tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Bukan dengan tujuan lain berupa perbuatan berpura-pura untuk mahkluk, atau untuk mendapatkan pujian di sisi manusia, atau suka akan pujian daripada makhluk atau makna yang seumpama dengan makna-makna tersebut, iaitu bertujuan selain untuk mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. [التبيان في آداب حملة القرآن]

Sesiapa yang Allah ta'ala rezekikan ikhlas kepadanya, sesungguhnya dia berada dalam kebaikan yang banyak. Tingkah lakunya tidak akan terjerut dengan kehendak mahkluk, sedang dia sendiri berada dalam keredhaan dan keberkatan tuhan. 

📚 Ustaz Yasir Ramlee 📚

Saturday 21 January 2017

Ustaz Kamilin Jamilin : Hikmah


Boleh jadi seorang yang berilmu itu kurang hikmahnya...
Kerana hikmah itu muncul hasil gandingan ilmu dan amal...
Justeru ulama menjelaskan makna hikmah iaitu ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh...

Tuesday 3 January 2017

Adat Hidup , Dr Fadlan Othman



Gaduh itu adat hidup...

Dua insan bercinta, pasti ada saatnya bergaduh jua...
Dua saudara kandung, pasti ada ketikanya bersengketa juga...
Dua sahabat akrab, ada saja pergaduhan antara mereka...

Benar,
Gaduh itu adat hidup...
Namun...

Wajarkah dibiar gaduh menghancur hubungan?
Wajarkah diputus segala persaudaraan?

Benar, insan punya perasaan...
Namun...

Tuhan mengajar insan supaya...
Jika gaduh, agar bergegas untuk berbaik semula...
Jangan dibiar lebih tiga hari gaduh berlarutan juga...
Ingatlah hidup kita di dunia ini hanya sementara...

Ayuh...

Hitunglah kelemahan diri..
Akuilah kesilapan nafsi..

Ayuh...

Susulkan dengan keikhlasan;
Ikhlas dalam meminta maaf...
Ikhlas dalam memberi maaf...

Benar,
Gaduh itu adat hidup...
Namun...

Dengan keikhlasan...
dan kejujuran...

Pasti dan pasti...

Segala kekusutan akan sirna...
Hubungan sesama kita akan kembali sinarnya...

Bak mentari pagi menyirna kegelapan malam...
Dengan sinarnya ke atas semesta alam...

DFO, 11 Disember 2014