Friday 9 June 2017

Keikhlasan, Ustaz Yasir Ramlee



💝 Bagaimana Kita Mengetahui Ikhlas? 💝

Ikhlas merupakan unsur dalaman yang ada pada diri seseorang, tiada yang mampu menilainya dengan benar melainkan tuhan. Kerana terkadang manusia juga keliru dengan dirinya sendiri.

Al-Imam Al-Nawawi menukilkan perkataan Abu Al-Qasim Al-Qusyairiy berkenaan ciri-ciri ikhlas, berkata:

الإخلاص إفراد الحق في الطاعة بالقصد، وهو أن يريد بطاعته التقرب الى الله تعالى دون شئ آخر من تصنع لمخلوق أو اكتساب محمدة عند الناس أو محبة مدح من الخلق أو معنى من المعاني سوى التقرب إلى الله تعالى 
Ikhlas ialah menjadikan semata-mata hak dalam ketaatan (ibadah) dengan tujuan, dia menginginkan melalui ketaatannya tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. Bukan dengan tujuan lain berupa perbuatan berpura-pura untuk mahkluk, atau untuk mendapatkan pujian di sisi manusia, atau suka akan pujian daripada makhluk atau makna yang seumpama dengan makna-makna tersebut, iaitu bertujuan selain untuk mendekatkan diri kepada Allah ta'ala. [التبيان في آداب حملة القرآن]

Sesiapa yang Allah ta'ala rezekikan ikhlas kepadanya, sesungguhnya dia berada dalam kebaikan yang banyak. Tingkah lakunya tidak akan terjerut dengan kehendak mahkluk, sedang dia sendiri berada dalam keredhaan dan keberkatan tuhan. 

📚 Ustaz Yasir Ramlee 📚