Friday 5 December 2014

Langkah Perjuangan , KRU Papar !

Bismillah...
Allahumma Solli Ala Muhammad.
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan diri ini menyertai perjuangan KRU . Walaupun diri ini merasa tidak layak bersama KRU. Namun, Allah telah 'izinkan' diri ini berkecimpung bersama KRU, pasti ada hikmah disebaliknya. "KRU Papar" 'hadiah' daripada Allah swt. Takkan saya nak tolak 'hadiah' tersebut?
Mencapai redha Allah adalah matlamat semua insan.

Alhamdulillah. Blog ni merupakan blog baru 'saya'. InsyaAllah ,blog ini akan saya ceriakan dengan pengalaman, ibrah dan ilmu yang saya perolehi dalam program-program Islamik. InsyaAllah, program-program KRU Papar akan mendapat banyak tempat dalam perkongsian dalam blog ini. Bukan saya pilih kasih, KRU Papar merupakan 'medan utama' 'perjuangan saya'

Pada awal warkah ini, saya ingin berkongsi penglibatan awal dalam program KRU Papar. Alhamdulillah, Diskusi Ilmiah pada bulan Ramadhan 1434H merupakan program pertama saya. (Kalau tak silap Kak Chalida atau Fatihah yg maklumkan ada DI di masjid )Dalam majlis ilmu ini saya memperolehi banyak ilmu yang baru.Antaranya:
- Sejarah solat tarawih .
- Hukum-hukum dalam berpuasa .
(Maaf. Ini saya yang saya ingat) Pasal hukum hakam tu ada sesuatu yang membuatkan saya bermonolog " biar betul, abg ni" . Selepas diCheck ,memang betul pun tu hukum . Saya yang jahil.
Nama-nama yang tercatat dalam buku catatan saya hanya 2 orang iaitu Fiza dan naqibah KRU Papar, Kak Sufi ! Masa ni nama Naqib KRU Papar (Abg Fez) , belum lagi saya kenali. Oh ya, saya pergi ke program ni bersama-sama sahabat asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, Papar ! Alhamdulillah, diizinkan Allah .

Program pertama anjuran KRU Papar, saya belum diizinkan untuk menyertainya. Masa tu, saya terlibat dengan Kem Kecemerlangan . Jumpa poster KRU Papar di surau sekolah(Masa tu habis sudah tu program) Tarikh nya sama dengan Kem Kecemerlangan .

Selepas berubah dunia ,memang saya tercari-cari "medan ilmu" "medan tarbiyah" (untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keimanan dan  mengembalikan saya kepada fitrah manusia, *Mardhotillah* ) di sekitar Papar . Rasanya memang kurang program-program agama di sekitar Papar masa tu ( 2012-2013 ) . Rasanyalah. Saya memang tercari-cari program-program agama namun belum ditemui pada waktu itu . Mengapa jawapan saya "RASANYALAH"? Sebabnya saya tak pasti ADA atau TIDAK program agama yang konsisten dilakukan di sekitar Papar . Hal ini kerana ,saya belum menemui insan-insan yang beragama di Papar. (Saya tak tahu perkembangan aktiviti-aktiviti keagaaman ) . Kedua , saya kurang bersosial. Kehidupanku banyak dihabiskan di rumah dan sekolah, apatah lagi 2013, saya tinggal di asrama. Di laman sosial pun saya jarang jumpa 'program agama' dipost oleh sahabat-sahabat di sekitar Papar.

Alhamdulillah. Allahumma solli ala Muhammad! Sangat-sangat bersyukur dengan penubuhan KRU Papar! Inilah yang saya 'cari' ,program-program agama yang istiqamah dilakukan.Allahuakbar! KRU Papar merupakan first program agama . Sejujurnya , selama ini saya belum berkesempatan berjumpa dengan program agama di sekitar Papar. Penglibatan diri ini dalam KRU Papar, Alhamdulillah, Allah SWT izinkan saya mengaut pelbagai ilmu/ pengalaman yg berguna sangat-sangat ! Oh ya, PAKSI Papar pun sudah ditubuhkan.
Alhamdulillah. KRU Papar merupakan langkah awal saya menggali ilmu yg luas. Antara "ilmu" yang saya peroleh  :

* Dalam KRU Papar,saya dapat memperbaiki bacaan Al-Quran saya. Memperbaiki dan meningkat kesedaran 'agama' dalam diri. Naqib dan sahabat-sahabat selalu menasihati agar selalu 'check' niat kita. Mendengar tazkirah-tazkirah 'mereka' membuatkan diri bermuhasabah diri. Membangunkan diri dari mimpi yang menyakitkan.

*KRU Papar 'mengajarku' berukhuwwah . Belajar bersosial ( Berinteraksi dengan orang lain). Jujur saya mengaku, saya tak pandai 'berukhuwwah' . Apabila sahabat2 KRU berinteraksi dengan saya, mereka dapat melihat kelemahan saya. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit 'ilmu berukhuwwah' saya perolehi dalam KRU .

* Belajar berorganisasi . Penglibatan diri ini dalam KRU 'mengajar' ilmu kepimpinan. Melatih diri bergerak kerja. ( Sememangnya ilmu-ilmu ini saya takda selama ini) . Alhamdulillah ilmu-ilmu ini merupakan ilmu yang baru saya perolehi. Dalam masa yang sama, ia mengajar supaya bijak berfikir dan bijak bertindak membuat keputusan. Melatih diri  meningkatkan keyakinan diri.( Kurang keyakinan merupakan masalah besar dalam diri ini) .

* KRU Papar merupakan langkah awal saya mengenali hamba-hamba Allah yang 'hebat', hamba-hamba Allah yang dekat kepadaNya. Alhamdulillah, dapat mengenali naqib-naqib , naqibah-naqibah KRU, abg2 akak2 PSS, dan sahabat-sahabat KRU yang lain ( KRU KK, KRU Putatan, KRU Bongawan, KRU Beaufort dll )
Sebagai 'AJK KRU' ,saya dan sahabat-sahabat KRU diberi "kepercayaan" untuk membantu dalam SUKAN PASTI di IKBN, Kinarut. Antara insan-insan mulia yang saya temui dalam program ini ialah Kak Sarah( Isteri Ustaz Mat Razali, Penceramah PAKSI, Mudir Darul Hadis Sabah ) , Kak Azra dan lain-lain. Fiqh Wanita anjuran PAKSI yang diiklankan oleh Naqibah KRU Papar menjadi asbab saya mengenali Kak Laila. Ustaz Nik Anwar juga saya kenali 'melalui' KRU . Saya 'tertarik' dengan Akhlaknya Ust Nik Anwar semasa ibunya sakit. Ayat Ust Nik memang 'Mantop'
lah. Fuhhh.

* Alhamdulillah. Allah memberi nikmat "Persahabatan" kepada saya melalui KRU. Di sini saya memperolehi hadiah teristimewa iaitu sahabat dunia akhirat. Saya salah mereka tegur. Saling menasihati.
Saya tak pandai bersahabat. Bersama mereka saya dapat korek ilmu persabahatan . Ada satu sahabat ni, kalau dulu, memang tak dapat difikir dek akal akan dapat bersahabat dengannya.Namun,  perancangan Allah itu  hebat! Sekarang saya dapat bersahabat dengannya. Allahuakbar! Hati ini mampu bertaut erat keranaNYA. Sayang Kak Dhia, Kak Izyan , Kak Sal , Kak Chalida , Kak Syahida, Kak Fatimah, Fatihah,Kak Farah,Kak Farhana , Kak Siti Fatimah, Saidatul(Along) , Syafiqah, Iffah, Mizah , Sofiana, Kak Izyan Fathiah ,Kak Syikin ,Kak  Syazwani , Kak Kameliah, Fiza, Kak Atul,  dan sahabat seperjuangan sekalian Semoga Ukhuwwah kita semakin mantap dari semasa ke semasa.

Sampai disini dulu warkah saya buat kali ini. Sebelum mengundur diri, ingin saya tulis . " Hargailah nikmat HIDAYAH. Hargailah 'perjalanan hidup' kita walau perjalanan itu penuh kepahitan. Penuh kepahitan itu sebenarnya 'penuh kemanisan' jika kita lihat dari perspektif Positif. Kepahitan itu Tarbiyah dari Allah! Kepahitan itu Ujian! Kepahitan itu Nikmat! Kepahitan itu KASIH SAYANG ALLAH! PAHIT itu SEDAP !

Allah Maha Penyayang! Allah Maha Mengetahui ! Allah Maha Bijaksana ! Siapa cari Allah ,akan jumpa segala-galanya. We are Nothing, Without Allah SWT.

Kata DRMAZA " Hidup itu Ujian! Tambah Hari! Tambah Kebaikan "