Wednesday 16 March 2016

Hari-hari Cinta Nabi

Terlupa Baca Doa Ketika Makan

Seringkali kita terlupa membaca doa ketika hendak makan atau minum kerana sememangnya lupa itu fitrah kita sebagai manusia.

Namun selalu juga tiba-tiba ketika makan, kita teringat yang kita terlupa membaca doa makan sebelum makan. Selalu hadapi situasi begini kan?

Jadi apa yang perlu kira buat bila tiba-tiba teringat? Nasi dah habis separuh pinggan. Nak baca doa atau nak terus saja makan?

Dalam perkara ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam berkata:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرْ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

Jika salah seorang daripada kalian makan, maka sebutlah nama Allah ta'ala (baca Bismillah). Jika terlupa menyebut nama Allah di awalnya, maka katakanlah

بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ
Bismillahi awwalahu wa aakhirahu.

[Riwayat Abu Daud]

Dalam riwayat Ahmad disebutkan;

بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
Bismillahi fi awwalihi wa aakhirihi.

Boleh amalkan mana-mana yang disukai.

Semoga bermanfaat untuk kita sama-sama amalkan.

Tuesday 8 March 2016

Warkah Suci Buat Para Pendosa





Wahai sahabatku,para pembaca sekalian , para pendosa sekalian... Jangan berputus asa andai kita sering tersungkur ke lembah dosa. Cepat-cepatlah berdiri kembali menuju Ilahi. Yakinlah Allah Maha Pengampun ... Allah Maha Penyayang...

Saturday 5 March 2016

Zikir Selepas Solat ?

Zikir selepas solat yg sahih

Mughirah bin Syu’bah pernah berkirim surat kepada Muawiyah dimana dia berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنْ الصَّلَاةِ وَسَلَّمَ قَالَ

“Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat dan mengucapkan salam, beliau membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Tiada sesembahan selain Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan dan milik-Nyalah segala pujian, dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.

اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ
Ya Allah, tiada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan

وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ
dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau cegah

وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
dan tidak bermanfaat pemilik kekayaan, dan dariMu-lah segala kekayaan.”

(HR. Al-Bukhari no. 844 dan Muslim no. 593)

Sunnah Harian

♡ Sunnah ♡

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu”

(HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

Wudhulah sebelum tidur..ia sunnah Nabi s.a.w..!

#CintaRasulullah
#JomAmalkan

[Cinta Nabi ]

Dari ‘Aisyah, beliau radhiyallahu ‘anha berkata,
ﻛَﺎﻥَ ﺇِﺫَﺍ ﺃَﻭَﻯ ﺇِﻟَﻰ ﻓِﺮَﺍﺷِﻪِ ﻛُﻞَّ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ ﺟَﻤَﻊَ ﻛَﻔَّﻴْﻪِ ﺛُﻢَّ ﻧَﻔَﺚَ ﻓِﻴﻬِﻤَﺎ ﻓَﻘَﺮَﺃَ
ﻓِﻴﻬِﻤَﺎ ‏( ﻗُﻞْ ﻫُﻮَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺃَﺣَﺪٌ ‏) ﻭَ ‏( ﻗُﻞْ ﺃَﻋُﻮﺫُ ﺑِﺮَﺏِّ ﺍﻟْﻔَﻠَﻖِ ‏) ﻭَ ‏( ﻗُﻞْ ﺃَﻋُﻮﺫُ
ﺑِﺮَﺏِّ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ‏) ﺛُﻢَّ ﻳَﻤْﺴَﺢُ ﺑِﻬِﻤَﺎ ﻣَﺎ ﺍﺳْﺘَﻄَﺎﻉَ ﻣِﻦْ ﺟَﺴَﺪِﻩِ ﻳَﺒْﺪَﺃُ ﺑِﻬِﻤَﺎ ﻋَﻠَﻰ
ﺭَﺃْﺳِﻪِ ﻭَﻭَﺟْﻬِﻪِ ﻭَﻣَﺎ ﺃَﻗْﺒَﻞَ ﻣِﻦْ ﺟَﺴَﺪِﻩِ ﻳَﻔْﻌَﻞُ ﺫَﻟِﻚَ ﺛَﻼَﺙَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ
“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika berada di
tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan
kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan
tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu
ahad’ (surat Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil
falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin
naas’ (surat An Naas). Kemudian beliau
mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada
anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari
kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau
melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari no. 5017)

Adakah tidur kita seperti Nabi?

Jangan lupa surah al mulk.

#CintaNabiIkutiSunnah

Mr & Mrs Munafiq ?

JAUHI SIFAT MUNAFIQ

RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam keras mengingatkan,

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا،

Empat sifat yang sesiapa memilikinya (semua) adalah sebenar-benar munafiq

وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا:

Dan sesiapa yang ada padanya salah satu sifat dari semua itu, dia memiliki bahagian dari sifat munafiq sehinggalah dia meninggalkannya, (iaitu:)

إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ،

Apabila dia berbicara, dia bohong

وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ،

Apabila dia bersumpah (pada sesuatu amanah), dia khianat

وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ،

Apabila dia berjanji, dia mungkir

وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Apabila bertelingkah, dia melampau

[HR al-Bukhari & Muslim]

BroSyarief pesan:

Sifat-sifat di atas semakin subur di kalangan ramai di sekeliling kita, sebahagian menganggap ianya biasa, bukan lagi ianya sebarang kesalahan.

Didiklah diri bersikap amanah, jujur, bertanggungjawab dan prihatin kepada sesama muslim.

Ini akan memperbaiki keadaan agar sifat nifaq itu dibersihkan dari hati dan jiwa kita.