Saturday, 5 March 2016

Mr & Mrs Munafiq ?

JAUHI SIFAT MUNAFIQ

RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam keras mengingatkan,

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا،

Empat sifat yang sesiapa memilikinya (semua) adalah sebenar-benar munafiq

وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا:

Dan sesiapa yang ada padanya salah satu sifat dari semua itu, dia memiliki bahagian dari sifat munafiq sehinggalah dia meninggalkannya, (iaitu:)

إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ،

Apabila dia berbicara, dia bohong

وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ،

Apabila dia bersumpah (pada sesuatu amanah), dia khianat

وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ،

Apabila dia berjanji, dia mungkir

وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Apabila bertelingkah, dia melampau

[HR al-Bukhari & Muslim]

BroSyarief pesan:

Sifat-sifat di atas semakin subur di kalangan ramai di sekeliling kita, sebahagian menganggap ianya biasa, bukan lagi ianya sebarang kesalahan.

Didiklah diri bersikap amanah, jujur, bertanggungjawab dan prihatin kepada sesama muslim.

Ini akan memperbaiki keadaan agar sifat nifaq itu dibersihkan dari hati dan jiwa kita.

Thursday, 17 December 2015

Ujian

UJIAN
Hadirnya dalam kehidupan manusia
Kadangkala ianya ringan
Namun kadangkala,
Ia terasa berat
Ada yang bisa ku tempuhi
Ada juga yang melemahkanku
Aku cuba
Untuk terus bersabar
Untuk menjadi kuat
Agar aku bisa
Menempuh segala ujian
dan dugaan
Dengan hati yang kental
Aku sedar
Bagi menghadapi
Segala mehnah ujian,
Segala suka dan duka
dalam kehidupan,
Ia memerlukan
Ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati yang dipandu iman
Kini,
Ujian demi ujian
Menimpa diriku
Sehinggakan aku
Terasa lemah
Dan tidak berdaya lagi
Untuk menghadapi
Segala dugaan ini
Namun,
Aku tidak kan mengalah
Aku kan terus bertahan,
Menguatkan diri
Dan akan aku teruskan
Perjuanganku
Dalam menggapai redha Ilahi

♡ Unknown ♡