Thursday 22 December 2016

Taubat : Sayyidul Istighfar



Taubat sambal belacan?


Ada orang berkata kepada Al-Imam Al-Hasan Al-Basri, "Tidakkah seorang daripada kita merasa malu pada Tuhannya; dia beristighfar kemudian buat semula, kemudian beristighfar kemudian buat semula." Lalu Al-Hasan Al-Basri rahimahullah berkata, "Sukalah Syaitan jika dia berjaya dapat ini daripada kalian. Oleh itu, janganlah kalian putus asa beristighfar."



Lihatlah kefahaman ulama terhadap "taubat sambal belacan".



Sebahagian daripada kita mungkin faham jika sudah taubat, lalu diulangi maka taubat itu tiada faedah.



Ibarat orang yang berikrar tidak mahu makan sambal belacan kerana kepedasan. Akan tetapi bila sampai hidangan seterusnya, dia tetap makan sambal belacan itu kerana sedap walaupun pedas...



Ketahuilah, sebenarnya taubat itu jika benar dibuat, tidak akan sia-sia. Bahkan ianya akan menghapuskan dosa yang dibuat itu...



Matematik vesus Dalil;



Kita mungkin juga akan mengira sudah 2 kali dibuat dosa; pertama, sebelum taubat dan kedua, selepas bertaubat...



Namun, sebenarnya, jika kita bertaubat, dosa itu dihapuskan... Ertinya sudah jadi 0 (kosong). Selepas itu jika kita buat semula dosa itu, kiraannya adalah 1, dan bukannya 2...



Jangan putus asa dalam beristighfar;



Justeru, lihatlah kefahaman ulama kita, seperti Al-Imam Al-Hasan Al-Basri rahimahullah. Beliau menjelaskan kefahaman "taubat sambal belacan" ini sebagai salah satu Talbis Iblis (tipu daya Syaitan)...



Orang yang terpengaruh dengan perkara ini akhirnya akan meninggalkan taubat... Di sinilah Syaitan akan gembira...



Justeru, setiap kali kita melakukan dosa, hendaklah kita bertaubat dengan taubat yang nasuha...



Jangan biarkan diri kita sunyi daripada beristighfar...



Ingatlah, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sering beristighfar melebihi 70 kali dalam sehari. Sebagai pengikut Baginda, marilah kita perbanyakkan istighfar...



DFO
Selasa
19 Zul Qi'dah 1437h

22 Ogos 2016

No comments: