Friday 27 November 2015

[Falsafah Hidup , Prof Dr HAMKA ]

Bismillah... Alhamdulillah...

Pada kesempatan ini, ana sedikit sebanyak ingin berkongsi mutiara kata yang ana petik daripada buku Falsafah Hidup. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua dan dapat melahirkan budaya membaca dalam hidup kita.

"Ada lagi golongan ketiga yg mempelajari pekerjaan sebelum ditempuhnya, menimbang sebelum berjalan dengan kemerdekaan pendapat dan akal,memakai pakaian yang sesuai dengan tubuhnya. Inilah yang paling benar, tetapi ini pula yang sulit. "

" Penuturan orang yang banyak pengalaman dan penderitaan, dengarkanlah dengan saksama. "

" Celakalah orang yang disegani kerana zalimnya "

" Orang yang berakal hanyalah merindui tiga perkara :
1. Menyediakan bekal untuk hari kemudian.
2. Mencari kelazatan buat jiwa.
3. Menyelidiki erti hidup. "

" Orang berakal pergi ke medan perang membawa senjata. Berbantah dan bertukar fikiran dengan cukup alasan. Berlawan dengan kekuatan. Kerana dengan akallah tercapai hidup, dengan budi teranglah hati, dengan fikiran tercapai maksud, dengan ilmu ditakluki dunia "

" Kekuatan akal membawa orang kepada hakikat, menjauhkan diri pada yang batil, tunduk kepada hukum, menerima perintah dan menjauhi larangan ".

" Orang  berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri "

" Agama Islam amat menghormati akal.Kerana tidak akan tercapai ilmu kalau tidak ada akal. Sebab itu Islam adalah agama ilmu dan akal. "

"Maka tetaplah Islam agama ilmu kerana sendinya ialah Tauhid "

" Syara' mengajak dan memperingatkan supaya segala masalah ilmu itu difahamkan , tidak semata-mata dihafal "

" Suatu peradaban yang tidak menuju ke akhirat, lebih baik dimusnahkan saja "

No comments: