Friday, 23 October 2015

Pejuang

Mari kita pergi
Wahai pejuang tulen
Dengan semangatmu
Akan robohlah tembok-tembok tinggi!

Mari kita pergi
Wahai pejuang tulen
Dengan lidahmu
Akan didedahkan kepalsuan!

Mari kita pergi
Wahai penjulang bendera
Dengan kibaran hijau
Akan putuslah rantai-rantai dekaden!

Mari kita pergi
Wahai pendukung perjuangan
Dengan ketajaman penglihatanmu
Akan diruntuhkan sistem jahiliah!

Kefiraunan sedang bermerajalela
Sedang kita seolah tak berdaya
Dan ciri tamadun jahiliah
Menggesek nadi masyarakat

Mari kita bangun
Atas menjalankan anjuran-Nya
Ketepikan segala kemungkaran
Demi mencapai keredaan-Nya
Sabar-bersabarlah wahai pejuang setia
Ada umur akan ada masa ada ketika
Hari ini ketawa besok menangis dan sebaliknya
Hari ini digelar subversif besok disanjung pula!

Teman-temanku
Salam dari kami pencinta kebenaran dan keadilan
Moga ketabahan semangat kalian
Menjadi inspirasi kepada kami!

Sekali mara terus mara
Daripada hidup bertuah pada kebatilan
Mahupun menjebat pada membabi buta
Biar berjuang untuk kebenaran.

No comments: